RANAU: Christebell Masius dari Kampung Bongkud muncul juara pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Daerah Ranau 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.
Dengan kemenangan itu Christebell akan mewakili daerah Ranau ke pertandingan peringkat negeri di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang hujung bulan ini.
Advertisement

Selaku juara Christebell membawa pulang wang tunai RM10,000, mahkota Unduk Ngadau, trofi, jambangan bunga serta hadiah tajaan.
Dalam pertandingan itu beliau turut memenangi kategori Tati Rasuk Pongitanan.
Naib juara dimenangi oleh Lyvylen Ryene Dohny yang menerima wang tunai RM6,000 berserta hadiah lain manakala tempat ketiga dimenangi Elana Joyce dengan hadiah wang tunai RM3,300 serta hadiah iringan.
Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Bridget Des Joannes dan Jane Ellyria Jatri.
Bagi gelaran Tati Korohian Facebook Id, Emilya Simun dinobatkan sebagai pemenang dengan jumlah 5,000 tanda suka.
Acara yang dihadiri ribuan penduduk tempatan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.