Sat, 9 May 2026
Headlines:
Bapa kena 165 tahun, didakwa sekali lagi rogol anak sulung
Published on: Thursday, May 07, 2026
Published on: Thu, May 07, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bapa kena 165 tahun, didakwa sekali lagi rogol anak sulung
LELAKI berkenaan diiringi oleh anggota polis.
TAWAU: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 165 tahun dan 110 sebatan kerana merogol dua anak perempuannya di Lahad Datu kini berhadapan dengan tujuh lagi pertuduhan merogol anak sulungnya.

Lelaki yang merupakan bekas guru tuisyen sambilan itu mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Ahmad Faizadh Yahaya pada hari Rabu.

Advertisement
Walau bagaimanapun mahkamah menangguhkan jatuhan hukuman kepada 23 Jun ini sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketujuh, lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 25 tahun dan merupakan seorang penjawat awam antara Disember (tahun lalu) hingga Mac tahun ini di tiga hotel berbeza.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin manakala tertuduh yang kini sedang menjalani hukuman penjara tidak diwakili peguam.

Advertisement
Sebagai rekod kes ini menarik perhatian meluas selepas Mahkamah Sesyen di Lahad Datu sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 165 tahun dan 110 sebatan terhadap lelaki itu atas 11 pertuduhan merogol dua lagi anak perempuannya.

Dilaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dirogol oleh bapa mereka sejak masing-masing berusia 15 dan 18 tahun di mana tertuduh mengugut untuk memukul mereka jika enggan menuruti nafsu serakahnya.

Advertisement
Lelaki itu ditangkap selepas laporan polis dibuat oleh kedua-dua anaknya di sebuah balai polis tempatan pada 22 Mac tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here