BELURAN: Dyann Dharlla dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Daerah Beluran sekali gus membawa pulang hadiah lumayan termasuk wang tunai RM5,000 dan tiket pelancongan ke Bali, Indonesia pada pertandingan yang berlangsung, pada Sabtu.
Selain wang tunai Dyann turut menerima sijil, baucar serta pelbagai cenderamata.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Naib juara dimenangi Alessandra Domissin yang membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama pelbagai hadiah iringan termasuk mahkota, hamper, kraftangan serta baucar rawatan dan penginapan.
Sementara itu Cylonnie Ceshiela Chee yang menduduki tempat ketiga menerima wang tunai RM2,000 selain hadiah tajaan penaja termasuk baucar wedding planner bernilai RM1,000.
Bagi peserta tempat keempat hingga kesembilan, masing-masing menerima sijil, jambangan bunga, trofi, hamper barangan Gosing dan wang tunai RM1,000.