Sun, 10 May 2026
Headlines:
Kaamatan Zon Kolopis hingga esok
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Kaamatan Zon Kolopis hingga esok
Selain itu pertandingan masakan tradisi, memalu gong, pertandingan sumazau dan pertandingan gerai terbaik turut memeriahkan majlis. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
PENAMPANG: Zon Kolopis Penampang 2026 akan mengadakan Pesta Kaamatan lebih awal pada tahun ini dengan acara kemuncak diadakan di Kampung Sarapung esok (10 Mei).

Jurucakap penganjur Bonica Paun berkata, pesta tiga hari itu sudah bermula pada semalam (Jumaat) dengan Pertandingan Sugandoi membuka tirai untuk memilih penyanyi terbaik menyampaikan lagu-lagu bahasa ibunda Kadazandusun.

Advertisement
“Sambutan pertandingan adalah amat menggalakkan di mana tujuh kampung daripada zon Kolopis menghantar wakil penyanyi terbaik masing-masing. Kampung itu adalah Sarapung, Boliga, Soboong, Tindai, Kaambazan, Takad dan Tuunon.

“Kaamatan adalah perayaan yang dinanti-nantikan di Kolopis kerana ia dapat menyatukan pertalian persahabatan dan persaudraan penduduk tujuh kampung di zon kami,” katanya kepada Harian Ekspres.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertandingan Sugandoi dilancar oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Pada hari ini (9 Mei), pesta bermula awal pagi dengan pertandingan sukan tradisi seperti tarik tali. Semua lapisan usia di Kolopis boleh menyertai mana-mana pertandingan.

Advertisement
Bonica berkata, acara kemuncak pada Ahad ialah pertandingan Unduk Ngadau yang disertai lebih 10 rupawan yang mewakili tujuh kampung Kolopis.

Selain itu pertandingan masakan tradisi, memalu gong, pertandingan sumazau dan pertandingan gerai terbaik turut memeriahkan majlis.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin akan merasmikan acara kemuncak.

“Kami seperti biasa tidak lupa menyampaikan penghargaan kepada warga emas dan menyampaikan anugerah pelajar cemerlang. Ini diadakan sebagai penghargaan kampung kepada penduduknya yang cemerlang.

“Bagi orang ramai yang hadir, mereka boleh membeli tiket bertuah yang dijual di sana dan acara membeli suara,” katanya, menambah majlis dijangka selesai jam 6 petang.

Bagi memeriahkan suasana, banyak gerai yang menjual pelbagai makanan turut disediakan. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai menyaksikan sambutan Kaamatan Zon Kolopis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here