Sun, 31 May 2026
Headlines:
Hari Terbuka Armada Timur 2026 tarik lebih 55,000 pengunjung
Published on: Tuesday, May 05, 2026
Published on: Tue, May 05, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Hari Terbuka Armada Timur 2026 tarik lebih 55,000 pengunjung
ANTARA tarikan utama sempena Program Bah Kano! Hari Terbuka Armada Timur 2026.
SEPANGGAR: Program Bah Kano! Hari Terbuka Armada Timur 2026 mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menarik seramai 55,475 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu.

Majlis perasmian pada 2 Mei lalu disempurnakan oleh Panglima Armada Timur dengan kehadiran Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab serta dif jemputan daripada pelbagai agensi awam, sekaligus mencerminkan komitmen TLDM dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat.

Advertisement
Program berakhir pada Ahad itu membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat keupayaan dan kesiapsiagaan aset pertahanan negara merangkumi operasi laut, udara serta kepakaran warga TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Antara tarikan utama termasuk peluang menaiki kapal perang TLDM, persembahan Kawad Senyap, pancaragam Armada Timur serta demonstrasi udara dan maritim melibatkan Pasukan Khas Laut (Paskal), bot tempur dan helikopter operasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kehadiran kapal selam TLDM turut menjadi tumpuan utama pengunjung yang ingin menyaksikan aset strategik negara dari jarak dekat.

Selain itu program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan memasak, karaoke, derma darah dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Advertisement
Sambutan luar biasa daripada pengunjung khususnya dari Sabah dan Sarawak jelas menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap TLDM serta meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan pasukan itu dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Pihak Markas Pemerintahan Armada Timur merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir dan menyifatkan sokongan tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here