Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
DB Katana-Kana, DB F’Ramok juara bersama Dart Beregu DRBB
Published on: Friday, May 01, 2026
Published on: Fri, May 01, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
DB Katana-Kana, DB F’Ramok juara bersama Dart Beregu DRBB
BONAVENTURE (ketiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada anggota DB Takana-Kana dan DB F’Ramok.
Kota Kinabalu: Pasukan DB Takana-Kana dan DB F’Ramok muncul juara bersama dalam Kejohanan Dart Beregu DRBB N.14 Tamparuli (4T Tertutup) yang berlangsung di Dewan Keturunan Keluarga Damit (KKD) di Tamparuli baru-baru ini.

Pirate Bro dan FR’Fc turut berkongsi penghormatan tempat ketiga, manakala tempat kelima hingga kelapan masing-masing dimenangi Jem Sniper, Insan Po, Rondogung Robson dan DLDC Macau.

Advertisement
Dalam kategori khas, anugerah terbanyak 180 (x2) dimenangi oleh Indra dari Pirate Bro dan pemenang mata tertinggi check 145 dimenangi Koboi dari DLDC Macau. 

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan 35 pasukan, terdiri daripada 70 pemain dari sekitar kawasan Tenghilan, Tamparuli, Tuaran dan Topokon itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri 1 Dr Bonaventure Boniface.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau memuji usaha penganjur dalam membawa kumpulan pemain berbakat dari daerah itu.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, ia juga membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat di empat kawasan ini dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan golongan muda,” katanya.    

Advertisement
Bonaventure turut menyumbangkan hadiah untuk kejohanan itu sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan aktiviti sukan masyarakat di peringkat akar umbi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here