LABUAN: Kontinjen Wilayah Persekutuan muncul juara Kejohanan Petanque Pantai Berpasukan Kebangsaan sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei lalu di Pantai Kompleks Sukan Laut Labuan.
Wipers 5 yang dibarisi gabungan atlet dari Labuan dan Kuala Lumpur berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori berpasukan, sekali gus mengharumkan nama Wilayah Persekutuan di kejohanan tersebut.
Advertisement

Wipers 5 diwakili Muhamad Suffry Abdel Rizah, Muhamad Hadziq Matusin dan Nur Syazawani Hassan dari Labuan, serta Nazran Sallehudin, Fara Fateha dan Nur Afiah Sumaya Roswadi dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, satu lagi pasukan Wilayah Persekutuan, Wipers 3 turut mencatat menyerlah apabila menamatkan saingan di tempat ketiga bersama.
Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Boules Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan itu menghimpunkan 38 pasukan membabitkan seramai 228 atlet dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.