Fri, 8 May 2026
Headlines:
Jalan raya dan internet pacu pembangunan Pagalungan
Published on: Wednesday, May 06, 2026
Published on: Wed, May 06, 2026
Text Size:
Text:
Jalan raya dan internet pacu pembangunan Pagalungan
ARTHUR ketika menghadiri Pelancaran Sambutan Kaamatan Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan.
PAGALUNGAN: Kemudahan jaringan jalan raya yang semakin baik serta peningkatan liputan internet membolehkan penganjuran program berskala besar diadakan di daerah ini.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata transformasi pembangunan yang diusahakan untuk kawasan berkenaan kini dinikmati manfaatnya oleh masyarakat.

Advertisement
“Buat julung kalinya Majlis Pelancaran Sambutan Kaamatan Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan diadakan di daerah ini yang mana mencerminkan keberhasilan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman.

“Kemudahan jaringan jalan raya yang semakin baik serta peningkatan liputan internet membolehkan program berskala besar dianjurkan dengan lebih efektif demi kesejahteraan penduduk luar bandar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Transformasi pembangunan yang diusahakan kerajaan kini dinikmati masyarakat. Ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan tetapi satu lonjakan ekonomi setempat yang menonjolkan adat budaya kita ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Kaamatan Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan yang diadakan di Dewan Terbuka Daerah Kecil Pagalungan pada Ahad.

Beliau menambah sejauh mana pun pembangunan fizikal yang kerajaan bawa ke Pensiangan akar budaya dan jati diri tetap menjadi keutamaan yang harus dipertahankan.

Advertisement
“Pesta Kaamatan bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi medium terbaik pertemuan kepada masyarakat Nabawan mengeratkan perpaduan dalam semangat kekeluargaan,” ujarnya.

Arthur menggesa agar tradisi pengangkutan sungai terus dikekal dan dilestarikan memandangkan perahu merupakan identiti penting serta pengangkutan harian penduduk di kawasan berkenaan yang menjadi keunikan dan tarikan pelancong.

Advertisement
Sementara itu pertandingan Sugandoi menyaksikan Ivy Apang dinobat sebagai juara kategori terbuka membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala, sijil dan hamper selain turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik.

Tempat kedua dimenangi oleh Azirah Milya Jamil yang menerima wang tunai RM1,500 dan turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik, manakala Scholestina Jubilik menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Bagi kategori Dazanak pula Shira Ayumi Zainuddin muncul sebagai juara, disusuli Mikhaarthazalna Abdullah dan Adzin Izzan Azlie masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pemenang Johan dan Naib Johan bagi kategori Terbuka dan Dazanak masing-masing akan mewakili Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan ke pertandingan peringkat negeri di Hongkod Koisan KDCA.

Selain Sugandoi turut diadakan Pertandingan Perahu Berhias yang menyaksikan Kampung Kuala Tumalasak muncul sebagai johan, manakala Kampung Silungai dan Kampung Lumpagas masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here