Sat, 30 May 2026
Headlines:
Zero Waste Ranau sasar ubah sikap buang sampah
Published on: Monday, May 04, 2026
Published on: Mon, May 04, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Zero Waste Ranau sasar ubah sikap buang sampah
PESERTA UNK menyertai program gotong-royong di bawah Program Zero Waste Ranau Corridor dengan berjaya mengutip sebanyak 194.7 kg sisa di sepanjang laluan Tenompok–Simpang Taman Kinabalu.
RANAU: Usaha berfokus bagi menangani masalah pembuangan sampah di tepi jalan serta memupuk perubahan tingkah laku jangka panjang dilaksanakan menerusi Program Zero Waste Ranau Corridor.

Langkah berkenaan merupakan satu inisiatif pelbagai agensi yang memberi tumpuan kepada salah satu laluan pelancongan utama di Sabah.

Advertisement
Program yang diadakan pada Jumaat di Pusat Interpretasi Taman Kinabalu serta sepanjang laluan Tinompok–Simpang Taman Kinabalu itu adalah kerjasama antara Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGP) Ranau, Unduk Ngadau Kaamatan Ranau (UNK) dan Randawi Tavantang Kaamatan Ranau (RTK).

Pegawai Daerah Ranau Tinus Saiman yang juga Pengerusi KUGGP Ranau merasmikan pelancaran program tersebut dan menegaskan bahawa inisiatif terbabit bukan sekadar aktiviti pembersihan sebaliknya bertujuan mengubah sikap masyarakat terhadap pengurusan sisa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Cabaran utama bukan hanya mengutip sampah tetapi mengubah budaya dan pemikiran komuniti - bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong dan pengguna jalan raya yang melalui Ranau. Sebanyak 194.7 kilogram (kg) sisa berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dijalankan antara jam 9 pagi hingga 11.30 pagi sekali gus menunjukkan tahap serius masalah di sepanjang laluan pelancongan yang sibuk itu,” katanya.

Program Zero Waste Ranau Corridor diketuai oleh Penolong Pengurus Taman (KPP) Taman Kinabalu Justinus G dengan KUGGP Ranau bertindak sebagai badan penyelaras.

Advertisement
Menurut Tinus peserta daripada UNK dan RTK turut berperanan sebagai duta program bagi mempromosikan amalan sifar sisa serta meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan orang ramai.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyasarkan pelajar sekolah dan penduduk setempat, tetapi juga pemandu yang membuang sampah di sepanjang laluan utama pelancongan dari Tinompok hingga ke kawasan Stesen Kolam Air Panas.

Advertisement
Pihak berkuasa juga merancang untuk melaksanakan program kesedaran melibatkan komuniti dan pelajar sebagai usaha berterusan.

“Walaupun dirancang sebagai inisiatif jangka panjang program ini akan dilaksanakan secara awal dari Mei hingga September 2026 bagi menilai tahap sambutan dan penglibatan orang ramai,” ujarnya.

Beliau menambah selepas pelancaran pelbagai aktiviti promosi serta kemas kini program akan diteruskan termasuk laporan rasmi aktiviti KUGGP kepada Unesco.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here