Sun, 10 May 2026
Headlines:
Pusat rawatan swasta tanpa lesen didenda RM50,000
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pusat rawatan swasta tanpa lesen didenda RM50,000
Pusat berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Sebuah pusat rawatan ambulatori swasta didenda RM50,000 kerana menyediakan perkhidmatan rawatan ambulatori secara haram, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Healing Heart PLT selepas wakilnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas pusat berkenaan.

Advertisement
Pusat itu didapati menyediakan perkhidmatan pusat rawatan ambulatori swasta tanpa lesen di bawah perenggan 19(a) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Kesalahan itu dilakukan pada jam 9.40 pagi, 6 Nov 2024, di premis Oceanus Wellness Centre, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pusat berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa semasa serbuan di pusat berkenaan yang dijalankan sepasukan pegawai dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Jabatan Kesihatan Negeri, dua kakitangan dan tiga pesakit sedang menjalani rawatan ketika itu.

Advertisement
Hasil pemeriksaan di pusat itu, pasukan berkenaan merampas 11 barangan termasuk dokumen, mesin dan peralatan.

Siasatan lanjut mendapati pusat itu menyediakan perkhidmatan pusat rawatan ambulatori swasta tanpa lesen di bawah perenggan 19(a) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Advertisement
Pegawai Pendakwa Anis Nadia Ahmad Lathpi dari Kementerian Kesihatan Malaysia hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Siti Marzalia Murshidi mewakili pusat berkenaan.

Untuk rekod, pada 16 Mac lalu, pusat itu turut didenda RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here