Sun, 10 May 2026
Headlines:
Kanak-kanak OKU terselamat kebakaran babit rumah atas air
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Kanak-kanak OKU terselamat kebakaran babit rumah atas air
Rumah atas air di Weston yang musnah dalam kebakaran.
BEAUFORT: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami mereka di perkampungan air Kampung Laut Weston musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Rumah jenis tidak kekal itu terbakar sepenuhnya namun seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang sebelum mengerahkan dua jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

Menurutnya pasukan bomba tiba pada jam 3.29 petang dan segera menjalankan operasi memadam kebakaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 4 petang,” katanya.

Operasi turut dibantu sembilan anggota Pasukan Bomba Sukarela Kampung Lubok.

Advertisement
Mengulas lanjut Ishak berkata tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah berhampiran memandangkan kedudukan rumah di perkampungan air itu dibina sangat rapat antara satu sama lain.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pekan Amin Abas berkata, ibu bapa kanak-kanak OKU terbabit berada di pekan Beaufort ketika kejadian untuk membeli keperluan harian dan meninggalkan anak mereka bersama datuk serta neneknya.

“Mujur kanak-kanak OKU itu sempat diselamatkan oleh penduduk yang tinggal berhampiran,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here