Mon, 11 May 2026
Headlines:
Henti retorik, tunai segera hak Sabah
Published on: Sunday, May 10, 2026
Published on: Sun, May 10, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Henti retorik, tunai segera hak Sabah
“Rakyat Sabah sudah terlalu lama mendengar pelbagai janji dan rundingan berkaitan hak wilayah ini, namun pelaksanaan sebenar masih belum memuaskan dan apa yang rakyat mahu sekarang adalah tindakan, mahu angka tuntutan yang jelas dan mahu pelaksanaan yang nyata. Bukan sebaliknya," kata Awang Ahmad.
PUTATAN: Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berharap tiada lagi retorik dalam isu tuntutan 40 peratus hak Sabah, sebaliknya hak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu perlu segera dilaksanakan, khususnya melibatkan hasil bersih dua cukai bagi tahun 2025 yang tidak dipertikaikan dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, tuntutan berkenaan bukan lagi isu politik untuk diperdebatkan kerana kedudukan Sabah sebagai rakan pengasas Malaysia sudah jelas dan diiktiraf melalui MA63 serta beberapa keputusan penting termasuk di peringkat mahkamah yang membabitkan perkara tersebut.

Advertisement
“Jangan lagi ada retorik dalam isu 40 peratus hak Sabah. Perkara ini sudah jelas dalam MA63 dan Sabah berhak menerima apa yang termaktub, malah Parlimen juga sudah buat keputusan, termasuk mahkamah yang sudah memutuskan hak Sabah perlu ditunaikan. Jadi tidak ada lagi alasan untuk terus menangguhkan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Duvanson, di sini, Sabtu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here