Mon, 11 May 2026
Headlines:
JIM Sabah tahan 132 warga asing
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: R Gonzales dan Azmie Lim
Text Size:
Text:
JIM Sabah tahan 132 warga asing
ANTARA yang diperiksa.
Kota Kinabalu: Seramai 132 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dalam operasi penguatkuasaan berasingan yang dijalankan di Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Sandakan, Khamis.

Menurut kenyataan JIM pada Jumaat, operasi terbabit melibatkan Ops Sapu dan Ops Kutip di Lahad Datu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar di Kota Kinabalu serta Ops Sapu di Sandakan.

Advertisement
Di Lahad Datu, seramai 81 individu diperiksa dan 52 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat pas mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua yang ditahan di daerah itu adalah warga Filipina membabitkan 11 lelaki, 17 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di Kota Kinabalu, seramai 67 individu diperiksa dengan tujuh warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki warga Filipina dan seorang wanita warga Indonesia.

Advertisement
Di Sandakan pula, seramai 147 individu diperiksa dengan 73 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan.

Tangkapan di Sandakan membabitkan warga Filipina iaitu 12 lelaki, 19 wanita, 22 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan. Selain itu, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia turut ditahan.

Advertisement
Jabatan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PTI) serta memastikan undang-undang imigresen negara dipatuhi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here