Mon, 11 May 2026
Headlines:
Sabah azam ulangi kejayaan di Piala Belia Johor
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah azam ulangi kejayaan di Piala Belia Johor
SKUAD negeri tiba di Johor pada Khamis.
Pemain boling Sabah berharap dapat mengulangi kejayaan mereka pada edisi terakhir kejohanan Piala Belia Johor, bermula pada Jumaat di Ampang Superbowl di Kluang, Johor.

Disember lalu, Sabah yang diwakili 17 pemain berjaya meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa pada pertandingan yang julung kali diadakan itu.

Advertisement
Presiden Persatuan Boling Tenpin Sabah Rozzainny Sham Talip berharap para atlet akan dapat menghasilkan prestasi terbaik mereka dan mengulangi semula pencapaian mereka.

Katanya, kontinjen negeri seramai 25 orang berlepas ke Johor pada Khamis terdiri daripada lima pemain bawah 12 tahun, lapan pemain bawah 15 tahun dan 12 pemain bawah 21 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka termasuk pemain dari skuad Sukma negeri dan beberapa dari program bakat dan pelapis.

Mereka diketuai oleh Timbalan Presiden Persatuan Boling Tenpin Sabah Aisyah Abdullah, diiringi pengurus pasukan Ahmad Jaludin Jalmahari, pengurus pasukan Sukma Mohd Kamsul Shah Kassim, pendamping Mas Ayu Adam, jurulatih Sukma Steven Lok dan Nevern Neetaneal serta jurulatih bakat dan pelapis Mohd Nadiysyairazi Ahmad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here