Kota Kinabalu: Sebarang cadangan membabitkan identiti pribumi Sabah perlu ditangani dengan penuh cermat, kefahaman sejarah dan sensitiviti terhadap realiti budaya serta politik yang telah lama wujud, kata Presiden Kumpulan Kadazan Global Communities Berhad (KGCB) Datuk Lawrence Sinsua.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan menggantikan istilah “KDMR” dengan “Momogun” sebagai identiti kolektif masyarakat pribumi Sabah.
Dalam kenyataannya, Sinsua berkata KGCB menghormati niat semua pihak yang mahu memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat pribumi negeri itu.
“Kami memahami perpaduan dalam kalangan komuniti pribumi sememangnya penting terutama dalam menghadapi cabaran sosial, ekonomi, pendidikan dan budaya pada masa kini serta akan datang yang memberi kesan kepada rakyat Sabah.






