Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Pengusaha kedai makan mangaku salah curi elektrik
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pengusaha kedai makan mangaku salah curi elektrik
Dia didakwa mengikut Subseksyen 61(3)(c) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 61(3)(ii) enakmen sama yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pengusaha kedai makan didenda RM20,000 atau penjara enam bulan kerana menggunakan bekalan elektrik secara tidak jujur sehingga menyebabkan kerugian kepada Sabah Electricity (SE).

Tertuduh Andrew Mali, 58, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya pada Khamis.

Advertisement
Andrew didapati menggunakan bekalan elektrik secara tidak sah dengan memintas sambungan melalui alat tambahan dikenali sebagai “cut out fuse” yang disambungkan ke papan suis premis sekali gus menyebabkan penggunaan elektriknya dicaj lebih rendah dan mengakibatkan kerugian kepada SE.

Kesalahan itu dilakukan di premis miliknya di Kampung Hungab, Penampang pada jam 10.05 pagi, 27 Februari 2025.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Subseksyen 61(3)(c) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 61(3)(ii) enakmen sama yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan Andrew yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Advertisement
Andrew turut memaklumkan bahawa premis tersebut telah ditutup dan bekalan elektrik di situ juga telah ditamatkan.

Tertuduh yang mempunyai masalah kesihatan berkata bil semasa premis itu telah dijelaskan dan dirinya kini menunggu surat penilaian kerugian.

Advertisement
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Nureen Natasha Mohd Raffie memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu dilakukan secara sengaja.

Menurutnya kesalahan tersebut serius kerana menyebabkan kerugian kepada SE dan hukuman perlu menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai.

Nureen turut menegaskan bahawa walaupun Andrew tiada rekod sabitan lampau, kesalahan seperti itu semakin berleluasa.

Fakta kes menyatakan ujian ketepatan meter di premis berkenaan menunjukkan ralat bacaan sebanyak -66.441 peratus yang menyebabkan penggunaan elektrik dicaj lebih rendah sekali gus mengakibatkan kerugian kepada SE.

Siasatan lanjut mendapati Andrew menggunakan bekalan elektrik secara tidak jujur dengan memintas sambungan “cut out fuse” yang disambungkan ke papan suis premis miliknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here