Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Hasil SST produk petroleum negeri dijangka lebih rendah tahun ini
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Hasil SST produk petroleum negeri  dijangka lebih rendah tahun ini
Kota Kinabalu: SABAH dijangka mencatatkan hasil lebih rendah daripada Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum tahun ini susulan penurunan pengeluaran serta harga komoditi global yang tidak menentu.

Masidi berkata kutipan SST yang melebihi RM2 bilion tahun lalu berkemungkinan jatuh di bawah paras terbabit berikutan trend penurunan pengeluaran memandangkan ia bergantung kepada harga minyak global semasa.

Advertisement
“Agak sukar untuk Sabah mencapai RM2 bilion tahun ini kerana pengeluaran minyak semakin menurun dan berada dalam trend penyusutan.

“Dengan kata lain, jumlah pengeluaran minyak dan gas yang boleh dikenakan cukai akan berkurangan, sekali gus menyebabkan pendapatan negeri menurun,” katanya ketika mengulas sama ada kutipan SST tahun ini akan berkurangan susulan krisis tenaga global akibat perang Iran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masidi berkata hasil daripada sektor itu sememangnya tidak stabil kerana ia berkait rapat dengan pergerakan harga global serta tahap pengeluaran.

“Pendapatan daripada minyak dan gas boleh naik dan turun bergantung kepada harga global.

Advertisement
“Walaupun dijangka menurun, SST sebanyak lima peratus kekal sebagai sumber hasil penting yang banyak membantu Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Masidi menambah hasil daripada cukai itu membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan dan program bantuan sosial termasuk skim Bantuan Syukur yang menyediakan sokongan kewangan RM300 sebulan kepada golongan berpendapatan rendah.

Advertisement
“Walaupun RM300 mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, ia amat bermakna kepada golongan B40 dalam membantu memenuhi keperluan asas seperti beras dan makanan,” katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata hasil SST turut menyumbang kepada peningkatan rizab negeri serta membiayai projek infrastruktur penting khususnya dalam menambah baik bekalan air dan rangkaian jalan raya.

“Sebahagian besar hasil SST digunakan untuk pembangunan infrastruktur asas seperti menambah baik bekalan air dan jalan raya, yang amat penting dalam menangani isu berpanjangan di negeri ini,” katanya.

Masidi berkata tanpa pendapatan tambahan daripada SST, Sabah akan berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan pembangunan serta mengekalkan program jaringan keselamatan sosial.

Beliau berkata Kerajaan Negeri kekal menghargai pemain industri seperti Hibiscus Petroleum Bhd dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang sumbangan mereka melalui cukai terbabit membantu menyokong agenda ekonomi dan sosial Sabah secara menyeluruh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here