Mon, 13 Apr 2026
Headlines:
Remaja Bajau Laut dibebas dengan jaminan
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Remaja Bajau Laut dibebas dengan jaminan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta sebatan tidak melebihi enam kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang remaja Bajau Laut berusia 18 tahun yang didakwa atas kesalahan kemasukan haram dibebaskan dengan jaminan selepas mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan dirinya dilahirkan di Sabah.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan terhadap Mohd Nico Ansboy yang kini merupakan pelajar di sebuah pusat pembelajaran alternatif kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Advertisement
Mahkamah turut menetapkan penjamin mestilah pengetua pusat pembelajaran tersebut dan Mohd Nico dikehendaki melapor diri ke balai polis sekali sebulan.

Antara dokumen yang dikemukakan oleh peguam bela Sherzali Herza Asli termasuklah akuan berkanun Ketua Kampung, surat vaksinasi serta Borang A iaitu dokumen permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes penahanan Mohd Nico sebelum ini mendapat perhatian di media sosial berhubung isu tanpa kewarganegaraan di Sabah. 

Mohd Nico sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis sebelum didakwa di mahkamah.

Advertisement
Pada 2 April lalu Mohd Nico mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berada di Sabah tanpa pas sah untuk masuk atau tinggal di Malaysia pada 15 Mac tahun ini, kira-kira jam 3 petang di kawasan One Borneo Hypermall.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta sebatan tidak melebihi enam kali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 30 April ini untuk pengurusan kes pra-bicara.

Terdahulu pihak pembelaan memohon jaminan dengan mengemukakan dokumen bagi membuktikan Mohd Nico dilahirkan di Sabah.

Bagaimanapun pihak pendakwaan yang diwakili Inspektor Deanivo Sittin membantah permohonan tersebut dengan alasan tertuduh merupakan individu tanpa dokumen pengenalan sah sekali gus menimbulkan keraguan terhadap identiti sebenar yang masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here