Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kematian Zara konsisten dengan bunuh diri
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kematian Zara konsisten dengan bunuh diri
Kota Kinabalu: Bedah siasat psikologi terhadap kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir merumuskan bahawa cara kematian adalah paling konsisten dengan bunuh diri, berpunca daripada tekanan emosi melampau dan bukannya tindakan yang dirancang rapi.

Pakar Perunding Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan berkata si mati mempunyai lebih banyak faktor risiko bunuh diri berbanding faktor perlindungan ketika kejadian sekali gus meningkatkan kerentanan terhadap tingkah laku tersebut.

Advertisement
Menurutnya tindakan terakhir itu berkemungkinan berlaku dalam keadaan tekanan emosi akut, pertimbangan terjejas serta keupayaan menangani masalah yang menurun.

“Tiada bukti kukuh menunjukkan si mati ditolak secara fizikal,” katanya dalam kenyataan saksi pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Chua yang mengetuai Perkhidmatan Psikiatri Sabah serta Timbalan Ketua Kebangsaan Perkhidmatan Psikiatri Forensik berkata penilaian itu dijalankan sebagai sebahagian daripada bedah siasat psikologi yang diminta oleh Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah bagi membantu siasatan koroner.

Beliau berkata pasukan tiga anggota yang terdiri daripada dirinya, pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja Dr Nurulwafa Hussain serta ahli psikologi klinikal Norhameza Ahmad Badruddin dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 September 2025.

Advertisement
Pasukan itu meneliti pelbagai bahan termasuk kenyataan saksi, rekod sekolah dan kaunseling, penulisan peribadi seperti diari dan nota, laporan forensik serta melakukan lawatan ke asrama dan bilik darjah si mati di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut.

Dr Chua berkata walaupun terdapat petunjuk seperti ketidakstabilan emosi, kemarahan melampau, perlakuan mencederakan diri, hubungan interpersonal tidak stabil dan ketakutan ditinggalkan, ia tidak mencukupi untuk mengesahkan diagnosis gangguan personaliti secara retrospektif.

Advertisement
Beliau menambah meskipun terdapat simptom kemurungan, tiada bukti menunjukkan si mati menghidap penyakit mental serius yang boleh didiagnosis sebelum kejadian.

Antara faktor risiko yang dikenal pasti termasuk peristiwa hidup yang menekan, persepsi diri negatif, dakwaan buli, prestasi akademik tidak memuaskan, penggunaan rokok elektronik, agresif secara lisan, kecederaan diri tanpa niat bunuh diri, perpisahan ibu bapa, konflik keluarga, sensitiviti sosial, simptom kemurungan, masalah tingkah laku serta keinginan mati sebelum ini.

Menurutnya beberapa faktor ini telah wujud sebelum si mati memasuki SMKA Tun Datu Mustapha.

Faktor pencetus pula termasuk sesi soal siasat yang menekan dan perasaan terasing manakala faktor penyumbang melibatkan kekurangan tidur kronik serta kekecewaan selepas menerima peringatan disiplin.

“Pengumpulan dan interaksi faktor-faktor ini membawa kepada keadaan tekanan melampau ketika kejadian.

“Gabungan faktor ini menunjukkan tindakan tersebut lebih kepada usaha untuk mengakhiri penderitaan, bukan perancangan teliti,” katanya.

Dr Chua menegaskan bahawa bunuh diri adalah tindakan sengaja mencederakan diri yang membawa kepada kematian dan merupakan fenomena kompleks dengan pelbagai faktor penyumbang.

“Adalah tidak tepat untuk mengaitkan semua kes bunuh diri dengan penyakit mental yang boleh didiagnosis.

“Kira-kira satu perlima percubaan bunuh diri sepanjang hayat berlaku tanpa gangguan psikiatri yang jelas manakala lebih separuh kes melibatkan individu tanpa masalah kesihatan mental yang diketahui,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa bunuh diri merupakan antara punca utama kematian dalam kalangan remaja di seluruh dunia khususnya bagi golongan berusia 13 hingga 15 tahun yang berdepan faktor risiko seperti perpisahan ibu bapa.

Laporan psikiatri setebal 84 muka surat bertarikh 2 Februari 2026 itu telah disediakan dan dikemukakan bagi membantu Mahkamah Koroner menentukan keadaan sebenar di sebalik kematian tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here