Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Remaja parah dilanggar ketika melintas jalan
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Remaja parah dilanggar ketika melintas jalan
PEGAWAI perubatan memberikan rawatan awal kepada mangsa.
PAPAR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas jalan di KM19, Jalan Baru Papar–Kota Kinabalu, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Supt Heryan Mohd Tahir berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda, yang dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Papar menuju ke Kota Kinabalu, melanggar mangsa kira-kira jam 2 petang.

Advertisement
“Dipercayai mangsa melintas secara tiba-tiba menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak atau memberhentikan kenderaan,” katanya.

Heryan berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu akibat patah kaki dan kecederaan di kepala, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Papar untuk siasatan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya serta mematuhi peraturan lalu lintas terutama ketika melalui kawasan sekolah.

Advertisement
“Kami menasihatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan dan lebih berwaspada, manakala pejalan kaki terutama pelajar perlu melintas di tempat yang selamat dan tidak melintas secara mengejut,” katanya.

Terdahulu, rakaman video dipercayai daripada kamera papan pemuka,tular di media sosial, memaparkan kejadian seorang pelajar sekolah menengah melintas jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut sebelum dilanggar sebuah kenderaan.

Advertisement
Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan mangsa tercampak beberapa meter dari titik perlanggaran selepas kenderaan tersebut tidak sempat berhenti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here