Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Isu ‘stateless’: Remaja tanpa dokumen didakwa
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Isu ‘stateless’: Remaja tanpa dokumen didakwa
Mohd Nico Ansboy yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain terhadap pertuduhan berada di Sabah tanpa sebarang pas sah untuk masuk atau tinggal di Malaysia pada 15 Mac lalu kira-kira jam 3 petang di kawasan One Borneo Hypermall.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki tanpa dokumen berusia 18 tahun yang penahanannya baru-baru ini tular di media sosial berhubung isu tanpa kewarganegaraan (stateless) di Sabah didakwa di Mahkamah Imigresen Khas pada Khamis atas kesalahan tinggal secara tidak sah di negeri ini.

Mohd Nico Ansboy yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain terhadap pertuduhan berada di Sabah tanpa sebarang pas sah untuk masuk atau tinggal di Malaysia pada 15 Mac lalu kira-kira jam 3 petang di kawasan One Borneo Hypermall.

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Deanivo Sittin memohon pengurusan kes praperbicaraan dan membantah jaminan memandangkan tertuduh tidak mempunyai dokumen serta kesalahan itu tidak boleh dijamin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika ditanya sama ada akan membela diri sendiri atau melantik peguam, Nico memaklumkan dirinya telah mendapatkan khidmat peguam yang kini berada di luar negara dan dijangka pulang pada 6 April ini.

Berhubung jaminan tertuduh memohon untuk dibebaskan dengan alasan dilahirkan di Sabah namun Mohd Nico menjawab “tiada” apabila ditanya mengenai dokumen sokongan dan berdiam diri apabila diminta menjelaskan bagaimana dakwaan itu boleh dibuktikan.

Advertisement
Tertuduh juga tidak memberi maklum balas apabila mahkamah menjelaskan bahawa soalan yang diajukan berkaitan permohonan jaminan dan bukannya pertuduhan.

Hakim Hurman berkata mahkamah tidak menolak permohonan jaminan memandangkan tertuduh diwakili peguam namun keputusan akan ditangguhkan sehingga peguam hadir untuk berhujah. Sementara itu tertuduh diarahkan kekal dalam tahanan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 30 April untuk pengurusan kes praperbicaraan serta 6 April bagi pelantikan peguam dan permohonan jaminan selain memerintahkan tertuduh direman lanjut.

Dalam prosiding sama seramai 10 warga Filipina dikenakan hukuman atas kesalahan serupa.

Jumadi Benu, Migel Manan, Md Azwan Langsakar, Nelia Francisco, Lydia Elton, Rogelio Perdigues, Aras Jatta, Najib Kalim, Rian Norlarih dan Haris Iman, berusia antara 18 hingga 57 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di lokasi berasingan sekitar bandar ini pada Februari dan Mac lalu.

Sembilan daripada mereka kecuali Haris dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang manakala Haris yang diwakili peguam Lawrence Lim didenda RM3,000 atau penjara empat bulan.

Sementara itu seorang lagi wanita warga Filipina Cajuban Jenelyn dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan selama lima tahun 23 hari.

Cajuban mengaku melakukan kesalahan itu pada 18 Februari lalu di Asia City selepas Pas Lawatan Kerja Sementara miliknya tamat pada 26 Januari 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda sehingga RM15,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here