Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Penganggur didakwa rogol remaja perempuan bawah umur
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur didakwa rogol remaja perempuan bawah umur
Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika kejadian tersebut berlaku didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki penganggur berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Ranau dua tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain atas dakwaan melakukan jenayah itu terhadap mangsa berusia 14 tahun pada Mac 2024 antara jam 6 petang hingga 11 malam.

Advertisement
Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika kejadian tersebut berlaku didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah yang mengendalikan pendakwaan memohon tarikh sebutan semula dan membantah pemberian jaminan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 4 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh terus direman.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan denda RM1,200 atau enam minggu penjara atas kesalahan mencuri.

Advertisement
Awang Asmerul Aspar mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mencuri telefon bimbit milik Charles Dawit pada 27 Mac tahun ini, jam 3.55 pagi di sebuah rumah di Kampung Kopungit.

Pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan ketika membentangkan fakta kes berkata pengadu telah mengenali Awang melalui aplikasi rangkaian sosial dan menjemputnya ke rumah di Kampung Kopungit pada jam 12.30 tengah malam hari tersebut.

Semasa berada di rumah itu pengadu meletakkan telefon bimbit Samsung Galaxy Note10+ miliknya di atas meja di ruang tamu.

Kira-kira jam 3.55 pagi Awang meninggalkan rumah tersebut dan diambil oleh sebuah kenderaan Grab di perhentian bas berhampiran.

Pengadu kemudian menyedari telefon bimbitnya hilang dan mengesyaki Awang telah mengambilnya tanpa pengetahuan atau kebenarannya.

Bertindak atas maklumat polis menahan Awang pada 29 Mac di sebuah rumah di Kampung Rampayan, Manggatal di mana telefon bimbit tersebut berjaya ditemui semula.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa Awang mengaku mengambil telefon itu dari rumah pengadu semasa pertemuan mereka.

Pihak pendakwaan seterusnya menyatakan bahawa telefon itu dikesan menggunakan aplikasi “Find Hub” yang sepadan dengan nombor IMEI peranti berkenaan.

Pengadu kemudiannya mengesahkan identiti telefon itu melalui kata laluan, senarai kenalan yang disimpan, gambar peribadi serta padanan nombor IMEI selain turut mengecam Awang dalam sesi kawad cam.

Kes dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here