Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Warga asing rogol remaja, 15, ditangkap
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Warga asing rogol remaja, 15, ditangkap
Jasmin berkata suspek dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut,  manakala siasatan pula dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, bagi kes rogol melibatkan individu berumur di bawah 16 tahun.
TAWAU: Polis menangkap seorang warga asing berumur 20 tahun di Kampung Simpang Tiga Merotai Besar, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Khamis susulan aduan seorang remaja berusia 15 tahun yang mendakwa dia dirogol oleh suspek itu bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bertindak menangkap suspek di kampung itu selepas diserahkan oleh orang awam.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit memasuki negara ini dan tinggal tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya di sini, pada Khamis.

Jasmin berkata suspek dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut,  manakala siasatan pula dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, bagi kes rogol melibatkan individu berumur di bawah 16 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, mangsa melaporkan kejadian rogol itu berlaku pada 11 Feb kira-kira jam 2 pagi di bilik tidur sepupu pengadu di dalam sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga Merotai Besar, ketika remaja itu tinggal berdua dengan neneknya.

“Seorang lelaki yang dikenali sebagai teman lelaki sepupu pengadu dikatakan memasuki bilik tidur secara senyap-senyap sebelum bertindak meraba remaja itu.

Advertisement
“Suspek didakwa memaksa pengadu supaya melakukan hubungan seksual dan mengeluarkan kata-kata ugutan mahu mengambil adik perempuan mangsa secara paksa, jika remaja itu enggan melayan kehendak lelaki terbabit,” katanya.

Disebabkan bimbang dan takut, remaja itu terpaksa akur kepada kehendak suspek.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here