Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Penjual mercun ditahan di Semporna
Published on: Thursday, March 19, 2026
Published on: Thu, Mar 19, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Penjual mercun ditahan di Semporna
SEMPORNA: Polis menahan seorang penjual bunga api dalam satu serbuan Ops Keberhasilan kerana menjual bunga api dan mercun tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Semporna Tan Hiap Wah berkata polis turut merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai lebih RM300 dalam operasi tersebut.

Advertisement
Beliau berkata warga asing berusia 27 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Kami menerima 11 permohonan untuk menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada jumlah itu lapan lesen dan permit diluluskan manakala tiga permohonan ditolak,” katanya, sambil menambah masih terdapat pihak yang menjual bunga api dan mercun tanpa permit walaupun kemudahan permohonan disediakan.

Dalam pada itu Tan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan atau bermain bunga api, terutama di kawasan awam yang sesak dan lokasi tumpuan pelancong.

Advertisement
Katanya, tindakan tegas boleh diambil mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan.

“Susulan maklumat orang awam saya telah mengarahkan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotor (URB) menjalankan kawalan serta pemantauan aktiviti melibatkan bunga api di kawasan yang telah dikenal pasti,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menggesa ibu bapa supaya memantau anak-anak ketika bermain bunga api dan mercun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kecederaan dan kebakaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here