Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Empat kru bot tanpa dokumen ditahan
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Empat kru bot tanpa dokumen ditahan
EMPAT orang kru termasuk tekong ditahan ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah menahan sebuah bot yang dikesan memasuki perairan negara pada kedudukan kira-kira 7 batu nautika barat Tanjung Simpang Mengayau pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Hasbullah Omar berkata bot tersebut berjaya dikesan menerusi maklumat daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah sebelum dipintas oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan berdaftar di negara ini namun lesen operasi telah tamat tempoh selain melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai empat orang kru termasuk tekong berumur antara 27 hingga 50 tahun berada di atas bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63. 

“Semua individu bersama bot telah ditahan dan diiring ke jeti untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Advertisement
Hasbullah berkata pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sehubungan dengan itu beliau menggesa orang ramai khususnya komuniti maritim agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here