Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan beberapa jam selepas rompakan RM458,000 di Telupid
Published on: Thursday, April 02, 2026
Published on: Thu, Apr 02, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan beberapa jam selepas rompakan RM458,000 di Telupid
TINGKAP rumah mangsa yang rosak.
TELUPID: Seorang lelaki tempatan ditahan dalam tempoh beberapa jam kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata membabitkan kerugian kira-kira RM458,000 di Taman Telupid Villa pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang sebelum mengacukan pisau dan menutup mulut mangsa.

Advertisement
Suspek dipercayai memaksa mangsa menyerahkan barang kemas sebelum membawa mangsa ke sebuah bilik tidur dan menggeledah almari bagi mencari wang tunai serta barangan berharga lain.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Hasan Majid berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.36 petang hari sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun di Kampung Air kira-kira jam 4.30 petang bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menambah polis turut merampas sebahagian barangan yang dicuri termasuk wang tunai dan barang kemas milik mangsa.

Advertisement
Siasatan mendapati suspek tidak bertindak bersendirian dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan tiga lagi rakan subahat.

Suspek kini ditahan di lokap polis Beluran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here