Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Esscom tahan 20 PTI, rampas barang RM491,413 di Semporna
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Esscom tahan 20 PTI, rampas barang RM491,413 di Semporna
PEGAWAI penguat kuasa menjalankan pemeriksaan semasa operasi.
SEMPORNA: Seramai 20 pendatang tanpa izin (PTI) terdiri daripada warga Filipina dan China ditahan dalam satu operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), di sini, pada Selasa dan Rabu.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos berkata operasi itu, yang dijalankan susulan aduan orang ramai mengenai warga asing yang didakwa mengendalikan perniagaan berkaitan pelancongan tanpa lesen sah, turut menyaksikan rampasan bernilai RM491,413.76.

Advertisement
Beliau berkata sebanyak 41 resort dan premis perniagaan diperiksa dalam operasi yang melibatkan 231 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa jabatan dan agensi Persekutuan.

“Seramai 48 individu diperiksa dan 20 daripada mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah atau tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Menurut Victor, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan 41 kompaun bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerja 1955, manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeluarkan lapan kompaun dan satu notis pematuhan di bawah Akta Syarikat 2016.

Advertisement
Beliau berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) turut mengeluarkan dua kompaun berkaitan keperluan pengendalian data.

“Majlis Daerah Semporna mengeluarkan 19 kompaun bagi pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen dan gagal mematuhi syarat lesen. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga mengeluarkan tujuh kompaun.

Advertisement
“Jabatan Bomba dan Penyelamat pula mengeluarkan 30 notis berkaitan ketiadaan peralatan keselamatan kebakaran yang penting,” katanya, menambah Kementerian Kesihatan turut mengeluarkan satu kompaun berkaitan kebersihan makanan melibatkan pengendalian dan pameran makanan.

Victor berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas minuman keras bernilai RM20,153.76 termasuk duti, manakala Jabatan Hidupan Liar Sabah merampas tiga plastik berisi daging penyu serta tiga plastik berisi daging babi hutan bernilai RM3,260.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dan menyifatkan usaha bersama itu sebagai bukti kerjasama berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta mengekalkan ketenteraman awam.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan di Esszone kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau melalui WhatsApp di 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here