Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
65 pemain bersemangat hadapi Jelajah Elit
Published on: Saturday, April 04, 2026
Published on: Sat, Apr 04, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
65 pemain bersemangat hadapi Jelajah Elit
MAIJOL (duduk tengah) bersama pegawai dan pemain selepas penyampaian tajaan.
Kota Kinabalu: Seramai 65 pemain badminton dari Sabah telah dilengkapi peralatan sukan baharu yang disediakan Young, penaja rasmi Persatuan Badminton Sabah (SBA) sebagai persiapan menghadapi Pertandingan Kumpulan C Jelajah Elit Junior Affin-100Plus (pusingan kedua) 2026, yang dijadualkan berlangsung di Terengganu dari 7 hingga 11 April ini.

Majlis penyampaian peralatan itu diadakan pada Rabu dan inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Persatuan Badminton Sabah untuk meningkatkan pembangunan badminton di negeri ini, khususnya dalam kalangan bakat muda yang bercita-cita mewakili Sabah di peringkat kebangsaan.

Advertisement
Presiden SBA Datuk Maijol Mahap, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja. 

“Kesempatan ini menandakan detik penting buat pemain. Sokongan ini bertujuan memastikan pemain bersedia dan dilengkapi dengan baik untuk menghadapi cabaran kejohanan yang akan datang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Persatuan amat menghargai sokongan yang diberikan oleh Young. Penajaan ini bukan sahaja membantu dari segi persiapan mereka malah menjadi pemangkin untuk mereka beraksi dengan lebih yakin.”

Maijol juga berharap pemain dapat memanfaatkan peluang yang disediakan untuk mempamerkan persembahan cemerlang pada kejohanan itu.

Advertisement
Jelajah Elit Junior berfungsi sebagai platform kritikal dalam membangunkan bakat badminton muda di seluruh Malaysia.  

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Kedah, awal Februari lalu, Sabah menamatkan saingan sebagai naib juara dengan dua emas, dua perak dan empat gangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here