Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua mengaku salah lupus barang curi
Published on: Wednesday, March 25, 2026
Published on: Wed, Mar 25, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua mengaku salah lupus barang curi
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua lelaki masing-masing dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi dalam dua kes berasingan.

Abdul Munir, 24, dan Md Hafiszul, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Abdul mengaku melupuskan barangan curi iaitu pengecas komputer riba dan tetikus pada jam 4.15 petang, 12 Mac lalu di Kinabalu City Park, Jalan Tugu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berdasarkan fakta kes bilik sewa pengadu telah dipecah masuk pada 11 Mac lalu dan beberapa barangan berkaitan komputer termasuk komputer riba, pengecas dan tetikus dilaporkan hilang.

Bertindak atas maklumat polis menahan Abdul pada keesokan hari sebelum dia mengaku telah membuang barangan tersebut yang kemudiannya berjaya ditemui semula.

Advertisement
Sementara itu Hafiszul turut mengaku melupuskan barangan curi iaitu alat pengepit hidraulik, playar hidraulik, gerudi tukul, pemotong kabel tugas berat dan tali keselamatan perancah pada jam 1.15 pagi, 4 Mac lalu di Kampung Likas.

Menurut fakta kes semua barangan itu dilaporkan hilang dari premis milik pengadu.

Advertisement
Selepas ditahan pada 3 Mac Hafiszul membawa polis ke lokasi barangan tersebut disimpan sebelum ia dikenal pasti oleh pemiliknya.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan masing-masing.

Dalam prosiding berasingan seorang lelaki yang juga penganggur berusia 45 tahun didakwa menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Mat Ghani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan pisau sehingga mencederakan Mohd Farizan di bahagian tapak tangan dan perut di sebuah rumah di Taman Kingfisher pada jam 12.30 tengah hari, 17 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 April untuk pengurusan kes pra-bicara dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,200 dengan dua penjamin selain syarat tambahan supaya melapor diri di balai polis sekali sebulan serta tidak mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here