Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tun Musa, Ahmad Zahid bersama jemaah solat jenazah Allahyarham Bung Moktar
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tun Musa, Ahmad Zahid bersama jemaah solat jenazah Allahyarham Bung Moktar
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama ribuan jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama
Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Solat jenazah yang dilaksanakan selepas solat Jumaat itu telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Advertisement
Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab.

Hadir sama beberapa menteri Kabinet Sabah yang lain, pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, ahli keluarga, waris dan kenalan Allahyarham.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Selesai solat jenazah, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN bersama pemimpin tertinggi BN lain memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Bung Moktar.

Jenazah Allahyarham Bung Moktar kemudian dibawa keluar dari dewan solat masjid berkenaan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini.

Advertisement
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama pemimpin negeri serta orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediaman tokoh politik itu yang juga Pengerusi BN Sabah, di Luyang.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Advertisement
Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here