SANDAKAN: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah melaksanakan tugasan penerbangan ihsan (Bodevac) bagi membawa balik jenazah mendiang Sjn Johnson Bai ke kampung halaman di Tamparuli.
Tugasan dilakukan menggunakan pesawat Textron 208 (9M-PSQ) milik PDRM yang berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan pada dan mendarat di PGU Pangkalan Sabah.
Mendiang kemudian dibawa ke Kampung Topokon, Tamparuli Tuaran untuk dikebumikan.
Turut mengiringi jenazah adalah balu mendiang Nelly @ Welhelmina Juanin serta pegawai dan anggota pengiring dari PPM Sandakan.
Mendiang Johnson sebelum ini bertugas di Bahagian Kejuruteraan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Sandakan.
Sementara itu Komander Pangkalan PGU Sabah ACP Ras Nazrin Shah Abdullah mewakili seluruh warga kerjanya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Johnson di atas pemergian beliau.