Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Kemenangan di Elopura bukti rakyat mahu suara fahami isu akar umbi: YB
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kemenangan di Elopura bukti rakyat  mahu suara fahami isu akar umbi: YB
SANDAKAN: Ahli Majlis Tertinggi Warisan merangkap Adun Elopura yang baharu dipilih Calvin Chong (gambar) berkata kejayaannya mempertahankan kerusi Elopura dengan majoriti 3,375 undi adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan seorang wakil yang dekat dengan masyarakat, memahami isu akar umbi dan berani bersuara demi kepentingan mereka.

Mengimbas lima tahun lalu, beliau berkata kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang tidak pernah menghalangnya menjalankan tanggungjawab.

Advertisement
Beliau terus turun padang, menyelesaikan masalah komuniti, membantu keluarga memerlukan, membangkitkan isu setempat di dewan undangan negeri dan memastikan Elopura kekal diberi perhatian dalam perancangan kerajaan.

“Lima tahun lalu, saya berada di pihak pembangkang. Tetapi itu tidak pernah menghentikan saya daripada bekerja keras. Setiap hari, saya ingatkan diri bahawa rakyat telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi suara mereka.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Saya turun padang, mendengar, membantu dan memperjuangkan keperluan mereka. Kepercayaan rakyat tidak boleh dilengahkan,” katanya.

Beliau berkata pengalaman itu menguatkan tekadnya dan membolehkannya lebih memahami keperluan sebenar masyarakat.

Advertisement
“Kita akan membangunkan Elopura bersama-sama, tanpa mengira siapa anda atau parti apa yang anda sokong. Elopura adalah rumah kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here