Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pilihan hubungan dingin atau rapat antara Sabah dengan Kerajaan Persekutuan
Published on: Wednesday, November 26, 2025
Published on: Wed, Nov 26, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pilihan hubungan dingin atau rapat antara Sabah dengan Kerajaan Persekutuan
Saifuddin menekankan semua keperluan asas dan kritikal untuk Sabah, misalnya gaji polis, tentera, doktor dan jururawat malah kos pembinaan fasiliti seperti hospital, dana bencana alam dan geran penduduk diuruskan Perdana Menteri.
TAWAU: Sabah dibayangkan mungkin berdepan risiko diancam ‘hubungan dingin’ dengan Kerajaan Persekutuan jika pendirian politik Ketua Menteri yang mengetuai Kerajaan Negeri kelak ‘tidak selari’ dengan kepimpinan Perdana Menteri, kata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Kita mahu Ketua Menteri yang ada hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau Ketua Menteri memilih untuk ‘bermusuh’, apa jadi dengan orang Sabah?

Advertisement
Hubungan jadi tidak cantik. Itu suatu kerugian,” katanya pada majlis pertemuan bersama penyokong-penyokong PH Merotai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Hotspring di sini, Isnin malam.

Menurutnya, sejarah politik Sabah sudah membuktikan posisi Ketua Menteri tidak pernah menjadi isu sebab sentiasa diisi orang tempatan, namun cabaran sebenar terletak pada hubungan negeri ini dengan Putrajaya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menteri Dalam Negeri itu menekankan semua keperluan asas dan kritikal untuk Sabah, misalnya gaji polis, tentera, doktor dan jururawat malah kos pembinaan fasiliti seperti hospital, dana bencana alam dan geran penduduk diuruskan Perdana Menteri.

“Bahkan, Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri baru-baru ini meluluskan peruntukan khas tambahan RM600 juta kepada Sabah untuk tahun hadapan sekali gus menunjukkan betapa pentingnya keserasian politik diwujudkan,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyeru orang Merotai supaya mengundi calon PH Datuk Ruji Ubi, yang disifatkannya mampu menjamin masa depan pembangunan Sabah.

Walaupun mengakui kredibiliti penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai (Sarifuddin Hata calon Warisan), namun Ruji juga disifatkannya tidak kurang hebat sebagai ‘aset Sabah’ dan mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri.

Advertisement
“Ruji pernah menguruskan bajet pendidikan bernilai RM60 bilion, menjaga 12,000 sekolah, lima juta pelajar dan 400,000 guru di seluruh negara sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran.

“Sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula beliau menyelia lebih 130,000 pegawai dan anggota polis, 18,000 pegawai imigresen, dan puluhan ribu anggota agensi keselamatan lain. 

“Jadi kita percaya dengan rekod prestasi Ruji,” ujarnya.

Pengalaman Ruji sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) juga disifatkannya tidak boleh dipandang remeh kerana bertanggungjawab menguruskan semua peruntukan di bawah Perdana Menteri, sekali gus memberinya kearifan tentang aliran wang dan cara mendapatkan dana.

Beliau percaya sebagai calon yang ditunjuk atas arahan langsung dari Putrajaya, Ruji mempunyai potensi besar dengan latar belakang pendidikan tinggi, pengalaman luas dalam pentadbiran utama dan mempunyai kepakaran dalam penyelesaian masalah.

“Kita berharap jentera parti termasuk yang datang dari Kedah, Perak dan Selangor sentiasa menjaga momentum walaupun trend sokongan didapati semakin positif untuk memastikan orang Merotai benar-benar menyahut harapan memenangkan calon kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here