Kota Kinabalu: Datuk Hj Abu Bakar Abas merangkul kejuaraan gross super senior dalam pusingan satu Kejohanan Golf Tertutup Senior & Super Senior Sutera Harbour Golf & Country Club yang diadakan Sabtu lepas.
Dia melakukan catatan 78 untuk meraih hadiah utama mengatasi naib juara Hj Ahmad Sapawi (80) dan Pg Mohd Yusof Razak (85) di tempat ketiga, manakala gelaran nett dimenangi oleh Yusop Daud (64) diikuti oleh Lee Tae Sil (70) dan Datuk Nurnikman (70).
Bagi kategori senior, gelaran gross dimenangi oleh Simon Jiwa (77) dan di tempat kedua ialah Park Myung Chul (78) dengan Thomas Chang (85) di tempat ketiga.
Tiga pemenang teratas dalam kategori nett ialah Leo Gaudiel (69), Datuk Victor Sanjos (70) dan Addie Ahmad (71).
Sementara itu, kejohanan itu ditaja oleh Datuk Hj Shahriman Abdullah.