SIPITANG: Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berempah (SMKPB) meraih gelaran juara keseluruhan bagi Sekolah Menengah manakala Sekolah Rendah (SK) Meligan menjuarai kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Sipitang 2026 melibatkan atlet sekolah menengah dan rendah termasuk penyertaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Pengiran Omar II baru-baru ini.
Kejohanan tersebut dibahagi kepada kategori iaitu lelaki bawah 18 tahun (B-18) dan B-15, perempuan B-18, B-15 dan lelaki B-12, perempuan B-12 disertai 305 peserta dari 29 buah sekolah menengah dan rendah termasuk 36 penyertaan PPKI.
SK Pekan Sipitang merangkul juara keseluruhan bagi Sekolah Rendah PPKI dan SMK Pengiran Omar (SMKPO) juara keseluruhan PPKI bagi peringkat Sekolah Menengah.
Pelepasan telah disempurnakan oleh Pengetua SMKPOII Asrul Pasok Abdullah.
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Zulkifle Kassim.
Zulkifle berkata, kejohanan itu selain mencungil bakat untuk ke peringkat lebih tinggi, ianya membina sahsiah pelajar melalui penerapan nilai disiplin, kepimpinan serta kerjasama bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin dan semangat daya saing yang sihat.
Penyelaras Kejohanan, Jimmy Udan, merakamkan penghargaan semua pihak atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan tersebut termasuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.