Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
SK Lohan juara MSS Zon Utara ke-51
Published on: Sunday, February 15, 2026
Published on: Sun, Feb 15, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
SK Lohan juara MSS Zon Utara ke-51
PASUKAN SK Lohan yang muncul juara.
RANAU: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Utara ke-51 telah berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Ranau pada 11 dan 12 Februari, menghimpunkan atlet muda sekolah rendah dalam semangat kesukanan bertemakan “Satu Tekad, Satu Matlamat.”

Kejohanan tahunan itu terus menjadi platform penting dalam mencungkil dan menggilap bakat sukan di peringkat akar umbi, di samping membina disiplin, daya saing yang sihat dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar sekolah Zon Utara daerah Ranau.

Advertisement
Sebanyak sembilan sekolah mengambil bahagian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan, SK Bongkud, SK Perancangan, SK Narawang, SK Poring, SK Sagiban, SK Napong, SK Langsat dan SK Kirokot.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para atlet mempamerkan aksi bertenaga dalam pelbagai acara trek dan padang, sekali gus memeriahkan lagi suasana pertandingan dengan sorakan padu guru, ibu bapa dan warga sekolah yang hadir memberi sokongan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
SK Lohan muncul johan dengan 16 pingat, diikuti SK Bongkud di tempat kedua dengan enam pingat, manakala SK Perancangan di tempat ketiga. SK Sagiban memenangi pertandingan kawad pembukaan, manakala anugerah Maskot Terbaik dimenangi SK Lohan.

Bagi anugerah individu, gelaran Olahragawan dimenangi oleh Jydean Yohanes Edward dari SK Lohan, manakala Olahragawati dimenangi oleh Cherrysenn Olsen dari SK Bongkud selepas masing-masing mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan.

Advertisement
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Vincent Sabin, yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Barizah Mohammad Kahar.

Dalam ucapannya, dia berkata penganjuran kejohanan itu bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi, malah membina sahsiah pelajar melalui penerapan nilai disiplin, kepimpinan, kerjasama dan semangat daya saing yang sihat.

Advertisement
Beliau turut menegaskan kejohanan itu berfungsi untuk memupuk perpaduan dan kemesraan merentas sekolah dan masyarakat, selaras dengan hasrat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sementara itu, Guru Besar SK Kirokot merangkap Pengerusi Pengurusan, Jeffery Siga merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan tersebut dan berharap penganjurannya dapat diteruskan pada masa akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here