Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Rumah Biru juara Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kebawang
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Rumah Biru juara Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kebawang
PASUKAN Rumah Biru bersama ketua rumah sukan Pauline Anthony Sigar (barisan kedua, kanan).
SIPITANG: Rumah Biru muncul johan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SK Kebawang 2025 diadakan di Kompleks Sukan Sipitang baru-baru ini.

Rumah Biru memperolehi 11 emas, lima perak dan enam gangsa. Rumah Kuning naib juara selepas mengutip tujuh emas, enam perak dan enam gangsa manakala Rumah Merah di tempat ketiga dengan kutipan satu emas, lapan perak dan tujuh gangsa.

Advertisement
Ricksley Ovil dan Pearl Hazel Jenuin dinobat sebagai olahragawan dan olahragawati   dengan  Ricksley  memperoleh meraih emas dalam acara lompat jauh, 200m,  4x100m dan 4x200m manakala Pearl mengumpul tiga emas dan satu gangsa bagi acara lompat jauh, 100m, 4x200m dan 4x100m.

Kejohanan yang disertai hampir 70 murid itu melibatkan 10 acara manakala acara larian terbuka 4x100 meter campuran disertai PIBG dan Guru dimenangi oleh pasukan Steve, kedua Manuel dan ketiga pasukan Cikgu Azri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pengerusi yang juga Guru Besar SK Kebawang, Yahya Basni berkata, antara objektif pelaksanaan kejohanan itu ialah membantu perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi dan sosial serta meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran sukan terutama dalam sukan olaraga

Semasa perasmian penutupan, Yahya mengucapkan tahniah atas  komitmen dan kerjasama semua ahli jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan kejohanan itu.

Advertisement
Pingat dan piala disampai oleh Yahya dan PKKO Azri Malik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here