Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
GRS tekad jadi kerajaan adil dan saksama: Hajiji
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
GRS tekad jadi kerajaan adil dan saksama: Hajiji
Hajiji menambah mulai tahun ini kira-kira 100,000 ketua isi rumah yang tersenarai dalam program e-Kasih menerima RM300 setiap bulan.
BEAUFORT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertekad menjadi sebuah kerajaan adil dan saksama, satu prinsip yang ingin terus dipertahankan apabila diberikan mandat baharu oleh rakyat pada 29 Nov ini, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata GRS mempunyai agenda jelas untuk melaksanakannya seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan rayanya yang menampilkan utama empat teras iaitu keutamaan kepada Sabah (Sabah First), membawa Sabah melangkah ke hadapan (Sabah Forward), Sabah maju dan jaya (Sabah Prosper) dan Sabah bersatu hati (Sabah United).

Advertisement
“GRS telah membuktikan keupayaannya mentadbir negeri dengan berkesan sepanjang lima tahun lalu. Kita telah berjaya memajukan Sabah melalui pelbagai inisiatif.

“Kita juga telah membantu rakyat di seluruh Sabah tanpa mengira kaum atau agama. GRS benar-benar komited dalam pembangunan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita memohon mandat baharu untuk meneruskan perancangan ini,” katanya pada majlis bersama rakyat di Dataran Begandang di sini, Rabu lalu. 

Turut hadir calon-calon GRS Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Ruslan Muharam (Lumadan), Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musa dan Ketua Wanita GRS Datuk Azizah Dun.

Advertisement
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri pimpinan GRS telah mencapai kejayaan besar, khususnya dalam usaha memulihkan ekonomi Sabah selepas pandemik Covid-19 melalui inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sebagai contoh, beliau berkata penduduk Sipitang dan kawasan sekitarnya seperti Lumadan dan Klias akan menerima manfaat daripada limpahan ekonomi pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (Sogip).

Advertisement
“Perjanjian telah ditandatangani dengan banyak syarikat untuk memulakan operasi mereka, dan kini SOGIP telah terisi sepenuhnya,” katanya.

Hajiji menegaskan bahawa walaupun Kerajaan Negeri pimpinan GRS memberi tumpuan kepada projek-projek mega untuk pembangunan Sabah, kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan.

Apabila kami kembali menjadi kerajaan pada 29 November nanti kami akan mempertimbangkan pemberian bantuan kepada semua warga emas layak berusia 60 tahun ke atas. Inilah hasrat kami, kami mahu membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun lalu, jumlah penerima kebajikan telah meningkat daripada 30,000 kepada 70,000 orang dengan setiap individu menerima bantuan sehingga RM300 sebulan.

Hajiji menambah mulai tahun ini kira-kira 100,000 ketua isi rumah yang tersenarai dalam program e-Kasih menerima RM300 setiap bulan.

Beliau berkata GRS akan meneruskan inisiatif tersebut selain memperkenalkan yang baharu demi kebajikan rakyat dan kemajuan Sabah apabila kembali menjadi kerajaan.

Beliau turut menggesa jentera pilihan raya GRS agar terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here