Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Jabatan Tanah dan Ukur proses 17,367 geran subsidiari sejak 2021
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
By: Larry Ralon, Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Jabatan Tanah dan Ukur proses 17,367 geran subsidiari sejak 2021
HAJIJI (tengah) menyaksikan penyerahan geran strata 1Borneo daripada Pengarah JTU Datuk Bernard Liew Chau Min (ketiga, kanan) kepada Yang Dipertua Usia Datuk Sapawi Ahmad pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) memproses 17,367 geran subsidiari (strata) dari 2021 hingga Okt tahun ini. Pengarahnya, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, berkata angka itu mencerminkan peningkatan keupayaan jabatan mempercepatkan pengeluaran geran melalui pendigitalan serta penambahbaikan proses dalaman.

Selain mengeluarkan geran subsidiari, katanya JTU turut memainkan peranan penting dalam pengurusan pegangan pajakan, termasuk proses lanjutan tempoh pajakan dan pemulihan tempoh pajakan asal.

Advertisement
“Dalam tempoh sama, JTU berjaya memproses 1,758 geran lanjutan pajakan, manakala 1,940 geran dipulihkan tempoh pajakan asal 999 tahun. Pencapaian ini menunjukkan komitmen jabatan memastikan rekod pemilikan tanah sentiasa teratur, terkini dan selaras dengan peraturan tanah negeri,” katanya pada majlis penyerahan 1,974 geran subsidiari 1Borneo kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di Menara Kinabalu, Khamis. Ia disaksikan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor.

Liew berkata pencapaian itu menyerlahkan peranan JTU sebagai tulang belakang tadbir urus tanah Sabah, khususnya dalam melancarkan urus niaga tanah, meningkatkan kecekapan pendaftaran dan menyokong pembangunan hartanah yang terancang di seluruh negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengenai projek 1Borneo, beliau berkata JTU bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Usia dan pelikuidasi melalui proses kompleks bagi menyediakan 1,974 geran subsidiari berkenaan.

Ia melibatkan semakan teknikal dan pematuhan undang-undang, termasuk pemeriksaan sempadan, padanan pelan bangunan, penyediaan pelan aras serta pengesahan harta bersama.

Advertisement
Cabaran utama timbul kerana pemaju asal muflis, yang menangguhkan banyak proses teknikal dan pentadbiran.

“Campur tangan KKTP amat penting bagi menyelaras usaha semua pihak, memulihkan keyakinan pemilik dan memastikan penyelenggaraan bangunan tidak terganggu.”

Advertisement
Kerajaan Negeri kini memuktamadkan pindaan Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) 1972, yang dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun depan.

Pindaan itu akan memperkenalkan dua enakmen baharu – Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) dan Enakmen Pengurusan Bangunan – bagi mewujudkan rangka undang-undang lebih komprehensif dan responsif untuk pembangunan bertingkat moden.

“Ini perlu bagi menangani isu seperti kelewatan pengeluaran geran subsidiari, cabaran dalam pembangunan berfasa, pembentukan perbadanan pengurusan dan meningkatkan kecekapan penyelenggaraan bangunan,” katanya.

JTU juga akan memperkenalkan format baharu geran tanah dengan ciri fizikal dan elemen keselamatan dipertingkatkan bagi memodenkan sistem pendaftaran tanah.

Liew merakam penghargaan kepada Ketua Menteri, Usia, Jabatan Peguam Besar Negeri, KKTP, DBKK dan semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan penyediaan serta penyerahan geran subsidiari bagi pembangunan 1Borneo.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here