Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Elak pertukaran kerajaan berulang demi kestabilan Sabah: Razali
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Elak pertukaran kerajaan berulang demi kestabilan Sabah: Razali
Razali menyifatkan manifesto baharu GRS sebagai komprehensif dan realistik, merangkumi pembangunan, peluang belia, pemerkasaan wanita serta kesinambungan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
Kota Kinabalu: Kestabilan politik Sabah penting bagi memastikan pembangunan tidak tergendala akibat kekerapan pertukaran kerajaan, kata Setiausaha Eksekutif Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Mohamed Razali Razi @ Bob.

Razali menyifatkan manifesto baharu GRS sebagai komprehensif dan realistik, merangkumi pembangunan, peluang belia, pemerkasaan wanita serta kesinambungan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Advertisement
Calon GRS bagi kerusi Darau itu berkata rakyat Sabah tidak seharusnya terus terperangkap dalam ketidakstabilan politik yang memberi kesan langsung terhadap prestasi pembangunan negeri.

“Manifesto ini menyeluruh, tetapi yang paling penting ialah kesinambungan SMJ 2.0. Kita tidak boleh hilang hala tuju ini. Matlamat kita adalah kestabilan. Jangan tukar kerajaan lagi, nanti rakyat yang rugi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas tiga isu utama iaitu air, elektrik dan jalan raya, Razali menegaskan penyelesaian terhadap masalah tersebut telah lama dimulakan dan bukan sekadar janji manifesto.

“Banyak projek telah dilaksanakan atau sedang berjalan untuk mengatasi ketiga-tiga isu ini. Manifesto hanya sebahagian daripada gambaran besar. Tahun depan banyak projek akan siap. Ini bukan retorik, ia memang sedang berlaku di lapangan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata pertukaran kerajaan boleh melambatkan projek, menukar kontraktor dan akhirnya menjejaskan lagi rakyat.

“Beritahu rakyat Sabah, cukup-cukuplah. Sudah tiba masanya kita bersatu dan bergerak ke hadapan. Jangan biarkan kita kembali ke zaman ketidakstabilan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Razali menafikan dakwaan bahawa penyokong akar umbi GRS di beberapa kawasan seperti Lamag dan Sukau telah beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya.

“Berlaku peralihan? Setakat ini kita belum menerima laporan. Kita tidak boleh komen tanpa bukti,” katanya, menambah tiada laporan rasmi diterima.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here