Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Penjawat awam Sabah diingat tunai tanggungjawab 
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penjawat awam Sabah diingat tunai tanggungjawab 
Kota Kinabalu: Semua penjawat awam yang merupakan pemilih berdaftar di Sabah diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 nanti.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab berkata sebagai penjawat awam, mereka memainkan peranan penting dalam menunjukkan teladan kepada masyarakat dengan keluar mengundi selain memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar, telus dan berintegriti.

Advertisement
“Sokongan terhadap pilihan raya dengan turun mengundi dan kelancaran urusannya bukan bermaksud berpihak kepada mana-mana parti politik sebaliknya menunjukkan komitmen kita terhadap sistem pentadbiran yang berlandaskan undang-undang serta prinsip demokrasi berparlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya ketika mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabаh di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mohd Razali juga mengingatkan semua pegawai kerajaan supaya bersikap profesional dan bertanggungjawab serta memastikan segala urusan rasmi jabatan tidak dipengaruhi oleh sebarang elemen politik kepartian.

“Berpandukan kepada etika kerja berintegriti, tugas penjawat awam ialah menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat berpandukan kepada prinsip to serve the government of the day,” katanya.

Advertisement
Beliau juga berharap semua penjawat awam akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan profesionalisme sepanjang tempoh PRN Sabah berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Nov bagi undi awal manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.

Advertisement
Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here