Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Norazlinah yakin pertahan kerusi Dun Kunak
Published on: Monday, November 17, 2025
Published on: Mon, Nov 17, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Norazlinah yakin pertahan kerusi Dun Kunak
Norazlinah berkata jentera GRS di Kunak berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi tempoh kempen dua minggu sebelum hari pengundian pada 29 November.
KUNAK: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak Datuk Norazlinah Arif (gambar) yakin meraih kemenangan sekali lagi ketika beliau berusaha mempertahankan mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Beliau berkata pertandingan kali ini bukan sekadar mempertahankan kerusi, tetapi juga membuktikan bahawa sokongan terhadap kepimpinanya tidak bergantung kepada mana-mana logo parti.

Advertisement
“Fokus saya adalah untuk memastikan kemenangan GRS di Kunak. Saya pernah menang di bawah tiket Warisan dan cabaran kali ini adalah untuk membuktikan bahawa sokongan yang saya terima adalah suara rakyat bukan sekadar simbol di kertas undi,” katanya.

Norazlinah berkata jentera GRS di Kunak berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi tempoh kempen dua minggu sebelum hari pengundian pada 29 November.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Semua pusat operasi telah dibuka dan proses penyemakan ahli serta usaha menjejak pengundi berjalan lancar sejak pembubaran Dun.

“Dengan kurang dua minggu berbaki kami akan mengekalkan momentum dan terus bekerja secara konsisten sehingga hari pengundian,” katanya.

Advertisement
Norazlinah memenangi kerusi Kunak pada 2018 dan 2020 di bawah Warisan sebelum menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) iaitu sebuah parti komponen GRS,pada Februari 2023.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here