Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Perbincangan pertama isu 40 peratus hasil Isnin depan
Published on: Saturday, November 15, 2025
Published on: Sat, Nov 15, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Perbincangan pertama isu  40 peratus hasil Isnin depan
Armizan dilantik sebagai Wakil Sabah bagi menggantikan Datuk Ewon Benedick yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Pusat baru-baru ini.
Kuala Lumpur: Perbincangan pertama isu 40 peratus hasil Sabah antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah akan diadakan Isnin depan (17 Nov) di Menara Kinabalu, di sini.

Wakil Menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah bagi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.

Advertisement
Armizan dilantik sebagai Wakil Sabah bagi menggantikan Datuk Ewon Benedick yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Pusat baru-baru ini.

"Proses perbincangan pada Isnin depan akan bermula di peringkat antara pegawai Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
"Mandat diberikan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF), Datuk Joehari Merican untuk mengetuai persekutuan, manakala kerajaan Sabah akan diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong," katanya dalam satu kenyataan video, di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, keputusan itu sebagaimana nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa kerajaan persekutuan tidak akan merayu terkait dengan hak 40 peratus itu sebagai asas kepada penentuan kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112C-1A Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, menyifatkan tindakan itu membuktikan kerajaan persekutuan komited  melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini.

"Ini yang telah diputuskan dan tidak pernah Kerajaan Persekutuan (lakukan sebelum ini). Perkara baru ini adalah pengiktirafan dan penghormatan Kerajaan Persekutuan terhadap hak 40 peratus ini," katanya Ahli Parlimen Papar itu.

Advertisement
Kerajaan persekutuan sebelum ini telah mengumumkan tidak akan merayu isu 40 peratus hasil Sabah dan akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri dalam kadar segera.

Bagaimanapun, AGC telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here