Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Persiapan sambutan Ulang Tahun Ke-75 TYT Sabah siap 90 peratus
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
Text Size:
Text:
Persiapan sambutan Ulang Tahun  Ke-75 TYT Sabah siap 90 peratus
TUN Musa (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan.
KOTA KINABALU: Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah akan disambut pada 30 Mac ini dengan kira-kira 90 peratus persiapan telah dilaksanakan setakat ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program sambutan akan dimulakan dengan majlis kesyukuran, doa selamat dan solat hajat yang dijadualkan berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada 27 Mac.

Advertisement
“Acara utama akan diadakan pada 30 Mac dengan Istiadat Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

“Seterusnya Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat Kebesaran Sabah akan diadakan di Istana Negeri manakala Majlis Jamuan Negeri berlangsung di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada Khamis.

Menurutnya beberapa program lain turut dirancang sepanjang sambutan berkenaan antaranya Majlis Perasmian Karya Perdana Pilihan Tahunan Negeri Sabah ke-40, Majlis Perasmian Pameran Khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama, Majlis Jamuan Teh bersama kanak-kanak serta Program Jalan Bersama Rakyat Santai Riadah Perpaduan bersama Yang di-Pertua Negeri.

Advertisement
Dalam pada itu beliau berharap semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur serta memberi makna kepada seluruh rakyat Sabah.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Mansur Asun, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Faradillah Abdul Rani serta Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah Azman Sipan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here