Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Rumah pekerja 70 pintu musnah
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Rumah pekerja 70 pintu musnah
PASUKAN bomba memadam kebakaran babit rumah pekerja di Taman Seri Lemawang.
Tuaran: Seramai 50 penghuni rumah pekerja di Taman Seri Lemawang berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Difahamkan kebakaran membabitkan 70 pintu rumah kayu berkeluasan kira-kira satu ekar itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran Mohammad Nor Amit berkata seramai 11 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba api dilihat merebak dengan cepat berikutan struktur rumah kayu dan bersambung namun semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Manakala seorang lelaki berusia lingkungan 60-an didapati cedera ringan akibat terkena zink ketika kejadian,” katanya dihubungi.

Menurutnya mangsa terbabit diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital Tuaran. Beliau menyatakan anggota bomba bertugas menggunakan dua aliran dan empat pancutan air dari jentera serta tangki air dengan teknik pemadaman ofensif dan defensif.

Advertisement
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.28 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.52 pagi. 

“Anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here