Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Sabah perlu politik stabil sebelum ikut jejak Sarawak
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sabah perlu politik stabil sebelum ikut jejak Sarawak
MASIDI mengambil gambar bersama hadirin.
RANAU: Sabah perlu menstabilkan kedudukan politiknya terlebih dahulu sebelum dapat mencontohi kejayaan Sarawak, kata penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata antara cara terbaik mengekalkan kestabilan politik negeri ialah dengan memberi mandat baharu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya negeri 29 Nov ini.

Advertisement
“Sejak 1963, Sarawak diperintah oleh parti sama, cuma namanya berubah. Itulah sebab mereka stabil secara politik. 

“Bayangkan, Sarawak hanya mempunyai enam Ketua Menteri (kini Premier), sedangkan Sabah sudah mempunyai 16 Ketua Menteri termasuk Datuk Seri Hajiji Noor.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Daripada ini saja, kita tahu sejarah politik Sabah berbeza. Kita tidak boleh menyamakan diri dengan Sarawak kerana mereka telah mencapai kestabilan,” katanya.

Masidi berkata kestabilan politik membolehkan Sarawak menumpu kepada pembangunan, bukan membazir masa dan tenaga untuk berpolitik dan menjatuhkan kerajaan.

Advertisement
“Dalam tempoh lima tahun lalu, Kerajaan GRS telah membuktikan keupayaannya mengekalkan kestabilan politik di Sabah, dan perkara ini perlu diteruskan,” katanya ketika merasmikan Majlis Mesra Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PMDC) cawangan Ranau di sini, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh kejayaan GRS memperkukuh ekonomi negeri serta pembangunan di daerah ini, termasuk jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

Advertisement
Masidi turut merakamkan penghargaan kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang dianggap bermakna kepada para pesara dan masyarakat setempat.

Kehadirannya disambut meriah oleh ahli persatuan yang turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra bersama rakan lama.

5PMDC Ranau merupakan pertubuhan aktif dalam menjaga kebajikan pesara pendidik.

Selain itu, persatuan berkenaan juga menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan, pendidikan, gotong-royong dan khidmat sosial, menunjukkan semangat juang tinggi dalam menyumbang kepada masyarakat.

Masidi berkata semangat perpaduan dan kesukarelawanan ditunjukkan warga pesara menjadi inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat Ranau secara keseluruhan, selaras dengan aspirasi #KitaOrangRanau yang menonjolkan kualiti dan semangat komuniti daerah itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here