Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Ketua Exco Wiramuda Star letak jawatan, dakwa kena ‘prank’ presiden
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Exco Wiramuda Star letak jawatan, dakwa kena ‘prank’ presiden
Jordan berkata Presiden Star Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan bulan lepas mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon di DUN Tulid dan ia disahkan oleh Mesyuarat Biro Politik yang dianggotai lapan pimpinan tertinggi parti.
Kota Kinabalu: Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (Star)  Jordan Jude Ellron  (gambar) meletak jawa-tan serta merta, kerana kecewa apabila tiada anak muda yang diberikan peluang untuk menjadi calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Jordan turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Star Nabawan, seterusnya mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada PRN nanti.

Advertisement
“Tidak satu kerusi diberi peluang untuk Exco Wiramuda StarSabah bertanding. Maksudnya, tiada pun satu anak muda diberi peluang, semuanya hanya pejuang lama, pejuang baru tidak diberi muka. Secara prinsip, saya letak jawatan kerana anggap tiada fungsi sebagai Ketua Exco Wiramuda.

“Saya meletak jawatan kerana sanggup berkorban supaya presiden membuka mata tidak buat langkah yang sama dengan generasi akan datang. Biarlah berlaku dengan saya, tapi jangan dengan generasi selepas saya,” katanya dalam kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jordan berkata Presiden Star Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan bulan lepas mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon di DUN Tulid dan ia disahkan oleh Mesyuarat Biro Politik yang dianggotai lapan pimpinan tertinggi parti.

Disebabkan itu, Jordan berkata beliau telah membayar deposit pencalonan dan membeli bahan kempen, namun dengan perkembangan terbaharu itu beliau mendermakannya kepada bakal-bakal calon dalam Star.

Advertisement
“Timbalan Exco Wiramuda StarSabah iaitu Razidin Robert pun diumumkan dua kali untuk bertanding di DUN Bingkor, namun tidak ditunaikan juga. Jikalau presiden boleh umum secara ramai saya dan Razidin sebagai calon tapi kena ‘Prank’, apa lagi yang bawahan?”, katanya.

Rabu lepas, Jeffrey mengumumkan bahawa Star akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah dan menamakan Datuk Baritus Gungkit @ Evaristus sebagai calon untuk kerusi Tulid, manakala Mohd Ishak Ayun di Bingkor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here