Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Fokus rampas kembali kejuaraan dalam Para Sukma
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Fokus rampas kembali kejuaraan dalam Para Sukma
122 atlet para bersama Mansur dan pegawai lain.
Kota Kinabalu: Kementerian Belia dan Sukan menggesa atlet para negeri supaya berlatih lebih gigih bagi merampas kembali kejuaraan keseluruhan dalam Para Sukma yang akan berlangsung di Selangor tahun depan.

Sabah yang memenangi kejuaraan buat kali pertama pada 2022 gagal mempertahankan gelaran pada 2024 dan hanya menamatkan saingan sebagai naib juara di belakang tuan rumah Sarawak.

Advertisement
Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun berkata gesaan itu berdasarkan keputusan Karnival Sirkit Kebangsaan 2025 minggu lepas, di mana Sabah merangkul juara keseluruhan dengan 53 emas, 24 perak dan 26 gangsa diikuti rapat oleh Sarawak dengan 52 emas, 40 perak dan 36 gangsa dan Selangor (52 emas, 39 perak, 37 gangsa).

“Keputusan keseluruhan pada karnival selama seminggu itu memberi isyarat penting kepada kami bahawa cabaran Sabah di Para Sukma tahun depan pastinya amat sukar, lebih-lebih lagi dengan saingan tuan rumah Selangor,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Program Rise-Up The Champion (RTC) Atlet Para Negeri Sabah yang berakhir di Kompleks Sukan Ranau pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seramai 112 atlet mengambil bahagian dalam program enam hari itu bertujuan untuk mengenal pasti bakat terbaik yang ada dan mengembangkan mereka menjadi juara.

“Saya mahu atlet yang menyertai program ini dan juga semua yang lain di seluruh negeri terus berlatih bersungguh-sungguh kerana tidak banyak masa lagi sebelum temasya itu bermula pada awal September 2026.

Advertisement
“Masih ada ruang untuk semua atlet meningkatkan kemahiran dan prestasi mereka, mereka perlu sentiasa mengikut arahan yang ditetapkan oleh jurulatih masing-masing.

“Kementerian ini melalui unit sains sukan Majlis Sukan Sabah juga akan membantu mereka dari segi latihan gimnasium, pemakanan dan psikologi, manakala Jabatan Kesihatan Negeri melalui Hospital Queen Elizabeth bekerjasama rapat dengan kita bagi memastikan atlet negeri kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat,” tambahnya.

Advertisement
Mansur juga berkata Kementerian amat serius dalam pembangunan atlet para di negeri ini dan menyeru ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah fizikal supaya membenarkan mereka menyertai program pembangunan yang disediakan.

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa bukan sahaja di daerah Ranau, malah di seluruh negeri agar tidak segan silu membawa anak-anak menyertai program Pembangunan Atlet Para.”

Tambahnya, Para Sukma yang dibuka kepada atlet berumur 45 tahun ke bawah akan memberi peluang kerjaya kepada anak-anak mereka pada masa hadapan.

“Selain Elaun latihan tetap dan caruman KWSP, Kementerian juga menawarkan hadiah insentif kemenangan yang sama seperti yang diberikan kepada atlet biasa atau ‘berkeupayaan’. 

“Jadi, rebut peluang ini dan jadikan kerjaya ini sebagai kerjaya yang lumayan kerana insentif kewangan yang diterima mungkin membolehkan mereka memulakan perniagaan yang boleh menjamin masa depan mereka.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here