Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Hayati sejarah pengorbanan Nabi: Ketua Menteri 
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
Text Size:
Text:
Hayati sejarah pengorbanan Nabi: Ketua Menteri 
Hajiji turut menyeru kepada semua rakyat keseluruhannya agar sentiasa menjaga silaturahim, bersatu-padu dan mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dan perbalahan.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak umat Islam di negeri ini agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Beliau turut menyeru kepada semua rakyat keseluruhannya agar sentiasa menjaga silaturahim, bersatu-padu dan mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dan perbalahan.

Advertisement
“Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai ktibar yang sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam.

“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberikan inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negeri tercinta ini.

“Marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan bagi rakyat dan negeri ini,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1447H, di sini pada Selasa.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berharap agar Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk umat Islam terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar tergolong dalam kalangan hamba Allah SWT yang dirahmati. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here