Fri, 29 May 2026
Headlines:
Kenyataan Perdana Menteri buktikan identiti Kadazan sudah diiktiraf secara meluas
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
By: Kan Yaw Chong
Text Size:
Text:
Kenyataan Perdana Menteri buktikan identiti Kadazan sudah diiktiraf secara meluas
Menurut Sinsua, Sarawak juga berjaya memperkukuh solidariti masyarakat pribumi sejak sekian lama menerusi struktur identiti yang diterima secara semula jadi oleh rakyat sambil mengekalkan keunikan setiap komuniti.
Kota Kinabalu: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut “Kadazan” sebagai antara komuniti diiktiraf di Malaysia membuktikan identiti itu sudah kukuh dan diterima dalam konteks nasional, kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kadazan Global Communities Berhad (KGCB), Datuk Lawrence Sinsua.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Sinsua berkata Anwar dalam ucapan pada Persidangan Wesak Kebangsaan di Menara Ken TTGI, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu berkata, “Saya percaya majoriti masyarakat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain, mahukan negara yang aman, stabil dan berjaya”.

Advertisement
Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri itu yang turut dilaporkan media sehari selepas majlis berkenaan menunjukkan identiti “Kadazan” sudah mempunyai pengiktirafan nasional serta difahami masyarakat di negara ini.

“Selama berdekad lamanya, istilah ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ telah mendapat pengiktirafan luas di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada identiti pribumi Sabah.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here